Tahukah anda maklumat boleh didapati dari pelbagai sumber iaitu dalam perpustakaan atau di luar perpustakaan, contohnya buku, jurnal, agensi kerajaan, konferen, media, laporan penyelidikan, pangkalan data elektronik dan seterusnya. Dengan itu anda hendaklah menggunakan perpustakaan dengan efektif dan efisien agar semua sumber ini dapat diterokai dan dimanfaatkan dengan maksimum.
a) Definisi Sains Perpustakaan.
Sains perpustakaan satu bidang kajian yang saintifik untuk mengelola, mengurus dan mengatur semua bahan buku dan bukan buku di pusat sumber dan perpustakaan secara bersistematik. Dengan ini dapat memudahkan pengguna untuk mengenal bahan-bahan yang berbagai jenis, membuat kajian dan mempelajari berbagai bidang ilmu di perpustakaan.
b) Definisi Maklumat
"Maklumat ialah data yang diproses atau data yang memberi makna yang difahami. Contoh bilangan murid yang telah lulus peperiksaan yang dijalankan mengikut gred yang telah ditetapkan. Berdasarkan data itu dapat dibuat kesimpulan mengenai kelemahan murid-murid tersebut dan tindakan susulan dapat dibuat bagi meningkatkan prestasi."
(Raymond McLeod JR)
"Data yang telah diproses menjadi maklumat yang dapat membantu dalam proses membuat keputusan atau menyelesaikan masalah. Maklumat ialah hasil dari sumber yang akhir (siap) dan sedia digunakan. Maklumat mempunyai nilai kerana ia membantu dalam proses membuat keputusan dan mengurangkan ketidakyakinan dengan meningkatkan tahap pengetahuan seseorang."
(Raymond McLeod JR)
No comments:
Post a Comment